Tarikh | : 28 Julai 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kota Raja |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang murid sekolah rendah yang berumur antara 9 - 12 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan komputer dan pengenalan kepada Microsoft Word.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan kepada jenis-jenis perkakasan komputer dan kegunaannya. Peserta juga diperkenalkan secara asas penggunaan Microsoft Word dan ciri - cirinya seterusnya menaip sebuah artikel pendek sebagai latihan.