PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Nama : Nur Anisha binti Azhari
Umur : 19 tahun
Ahli : 2021

 

Latar belakang

Nur Anisha binti Azhari adalah seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Kedah. Beliau sekarang menetap di Klang, Selangor. Nur Anisha berumur 19 tahun dan mempunyai 6 orang adik-beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sewaktu arahan kelas dijalankan di atas talian, Nur Anisha sering mempunyai masalah sewaktu kelas dijalankan. Contoh seperti terpaksa berkongsi komputer riba dan telefon dengan adik-beradik yang lain. Sebelum ini, beliau tidak pernah mengetahui tentang kewujudan Pusat Internet Komuniti. Jadi Nur Anisha sering menggunakan telefon untuk kegunaan harian dan juga kelas dalam talian. Oleh itu, beliau mencari inisiatif untuk datang ke tempat yang mempunyai capaian internet yang laju dan juga sering mempelajari tentang komputer seperti menyunting imej, video dan banyak lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Nur Anisha mengetahui tentang Pusat Internet di Kota Raja, beliau datang untuk kegunaan kelas dalam talian dan urusan-urusan lain. Beliau dapat menghadiri kelas dengan tenang tanpa perlu berkongsi komputer riba dengan adik beradik yang lain. Selain itu, Nur Anisha juga sering menyertai aktiviti pertandingan yang pihak Pusat Internet Komuniti anjurkan dan berjaya memenangi pertandingan itu. Akhir sekali, Nur Anisha memaklumkan bahawa dengan adanya Pusat Internet ini, beliau dapat menyertai kelas dalam talian setiap masa tanpa sebarang masalah dan juga dapat menambah lagi ilmu pengetahuan tentang komputer.

BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : Thivashri A/P Jeyaganesh
Umur : 14 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Adik Thivashri adalah seorang pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi yang terletak di Klang. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja pada setiap minggu untuk menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi komputer dan asas ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Thivashri memaklumkan bahawa beliau tidak tahu menggunakan komputer dan sebarang perisian didalamnya kerana beliau tidak pernah menggunakannya berikutan tiada kemudahan berikut di rumahnya. Oleh itu beliautekad untuk mengisi masa terluang mempelajari asas penggunaan komputer dan internetdaripadapetugas di PI Kota Raja.Pelbagai latihan seperti asasMicrosoftOfficeyang disertai oleh beliau bagimenambah pengetahuan dankemahiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office pada setiap minggu. Beliau telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Word dan Excel untuk membuat surat, poster, pengiraan dan sebagainya. Selain itu, beliau mempelajari perkhidmatan aplikasi atas talian seperti email dan social media. Disamping itu, beliau dapat menyimpan dokumen masakan beliau secara digital seperti memuatnaik ke Google Drive dan menggunakan Ms Power point.

 

USAHAWAN PRODUK MAKANAN (WESTERN FOOD HOMEMADE)

Nama Nurjannah Binti Ghani
Umur : 38 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Jannah adalah seorang surirumahtangga yang menjalankan perniagaan (makanan barat secara sejukbeku dan segera) seperti bebola daging, pasta dan sebagainya secara kecil-kecilan. Sebelum ini beliau pernah bekerja di sektor swasta, namun sejak beliau disahkan mempunyai masalah kesihatan iaitu kanser. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaannya sendiri di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya yang tertumpu pada kenalan di sekitar Sg Udang Klang dan bekas rakan sekerja sahaja. Beliau mengambil tempahan secara “pre-order” dengan jumlah yang sedikit kerana produk tersebut mengambil masa untuk menyediakan, semenjak itu beliau mendapat idea untuk memperbanyakkan stok makanan secara sejukbeku. Beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan menyertai kelas-kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Jannah telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja seperti membuka akaun “facebook page”, “kelas pencarian maklumat untuk mereka ayat copywriting”. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp status. Beliau juga menyertai kelas latihan keusahawanan seperti kursus pengendalian makanan. Beliau juga berkongsi iklan produk yang dihasilkan kepada pengikut dan rakan-rakan yang terdiri daripada pelanggan lama dan baru. Disamping itu, beliau boleh mereka bentuk poster dan iklan-iklan bagi tujuan pemasaran. Setelah beliau mahir menggunakan “facebook”, beliau menjadikan platform tersebut untuk pengiklanan produk lain seperti dropship bantal, produk pakaian. Beliau sering berkongsi “testimoni” pelanggan di facebook untuk menarik minat dan meningkatkan kepercayaan para pelanggan terhadap produk beliau.

USAHAWAN PRODUK MAKANAN (MEATBALL FROZEN)

Nama : Fauji binti Azmi
Umur : 37 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Fauji adalah seorang surirumahtangga yang menjalankan perniagaan (makanan barat secara sejukbeku) iaitu bebola daging secara kecil-kecilan. Beliau menjalankan perniagaannya sendiri di rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya yang tertumpu pada kenalan dan kedai runcit kecil di sekitar Sg Udang Klang. Beliau mengambil tempahan secara “pre-order” dengan jumlah yang sedikit kerana produk tersebut mengambil masa untuk menyediakan, Kawan baik beliau memberi idea untuk menyediakan stok makanan secara sejukbeku. Beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan menyertai kelas-kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fauji telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja seperti membuka akaun “facebook page”, “kelas pencarian maklumat untuk mereka ayat copywriting”. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp status. Beliau juga menyertai kelas latihan keusahawanan seperti kursus pengendalian makanan. Beliau juga berkongsi iklan produk yang dihasilkan kepada pengikut dan rakan-rakan yang terdiri daripada pelanggan lama dan baru. Disamping itu, beliau mahir menggunakan “facebook” dan beliau menjadikan platform tersebut untuk pengiklanan produk makanan sejukbekunya

 USAHAWAN BUTIK PAKAIAN TRADISIONAL

Nama Manimekalai A/P Sengoden
Umur : 44 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Manimekalai adalah seorang usahawan sepenuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah bergantung pada perniagaan insurans sahaja. Namun, beliau telah menceburkan diri didalam perniagaan butik pakaian bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Beliau merupakan pemilik dan pekerja yang menjalankan perkihdmatan di kedainya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya bergantung kepada pelanggan yang datang secara bermusim.Cara pemasaran beliau juga sangat terhad kerana melibatkan kawasan sekitar butik sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Manimekalai telah menyertai beberapa program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja. Beliau juga akan menyertai setiap program hari bersama komuniti Pusat Internet. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan iklan untuk memasarkan perkihdmatan dan lokasi butik kepada komuniti. Disamping itu, beliau memberikan demonstrasi perkhidmatan secara terus kepada pengunjung seperti ukiran henna, jualan baju dan lain-lain.