USAHAWAN PRODUK MAKANAN (WESTERN FOOD HOMEMADE)

Nama Nurjannah Binti Ghani
Umur : 38 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Jannah adalah seorang surirumahtangga yang menjalankan perniagaan (makanan barat secara sejukbeku dan segera) seperti bebola daging, pasta dan sebagainya secara kecil-kecilan. Sebelum ini beliau pernah bekerja di sektor swasta, namun sejak beliau disahkan mempunyai masalah kesihatan iaitu kanser. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaannya sendiri di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya yang tertumpu pada kenalan di sekitar Sg Udang Klang dan bekas rakan sekerja sahaja. Beliau mengambil tempahan secara “pre-order” dengan jumlah yang sedikit kerana produk tersebut mengambil masa untuk menyediakan, semenjak itu beliau mendapat idea untuk memperbanyakkan stok makanan secara sejukbeku. Beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan menyertai kelas-kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Jannah telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja seperti membuka akaun “facebook page”, “kelas pencarian maklumat untuk mereka ayat copywriting”. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp status. Beliau juga menyertai kelas latihan keusahawanan seperti kursus pengendalian makanan. Beliau juga berkongsi iklan produk yang dihasilkan kepada pengikut dan rakan-rakan yang terdiri daripada pelanggan lama dan baru. Disamping itu, beliau boleh mereka bentuk poster dan iklan-iklan bagi tujuan pemasaran. Setelah beliau mahir menggunakan “facebook”, beliau menjadikan platform tersebut untuk pengiklanan produk lain seperti dropship bantal, produk pakaian. Beliau sering berkongsi “testimoni” pelanggan di facebook untuk menarik minat dan meningkatkan kepercayaan para pelanggan terhadap produk beliau.