USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN

Nama : Anis Sofia Binti Khayazid
Umur : 27 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Cik Anis adalah seorang usahawan separuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang. Beliau yang bekerja sebagai seorang kerani di syarikat swasta menjalankan perniagaan ini sebagai sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya hanya secara offline dan mempromosikan dengan rakan-rakan sekerja dan keluarga terdekat sahaja. Setelah beliau mahir menggunakan asas komputer dan media sosial beliau dapat menambah kenalan dan pelanggan baru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Anis telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja dan membuka booth ketika hari bersama komuniti. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan iklan yang mudah dan menarik untuk perniagaannya. Disamping itu, beliau dapat berhubung antara satu sama lain bersama ejen-ejen yang menjual produk beliau. 

 

  

 

BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : Muhammad Hakimi Hilmi
Umur : 14 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Hakimi merupakan seorang pelajar pendidikan khas di SMK Kg Jawa. Namun begitu beliau seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja pada setiap minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau seorang pelajar pendidikan khas beliau menyedari kepentingan dan kepenggunaaInternet pada masa kini. Oleh itu beliau tekad untuk mengisi masa terluang mempelajari asas penggunaan komputer dan internet daripada petugas di PI Kota Raja.Pelbagai latihan seperti asaMicrosofOffice yang disertai oleh beliau bagi menambah pengetahuan dankemahiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office, sedikit sebanyak selok-belok latihan asas penggunaan komputer daripada petugas PI Kota Raja. Beliau telah mahir dalam menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Word untuk membuat surat, poster dan sebagainya. Selain itu, beliau juga mampu untuk menggunakan laman media sosial secara bijak.

 

USAHAWAN PERNIAGAAN JAHITAN DAN TEMPAHAN BAJU

Nama : K. Muthukumaran
Umur : 42 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Muthukumaran adalah seorang usahawan separuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah untuk membantu minat isterinya. Namun selepas beberapa ketika, beliau merasakan bidang ini boleh menambah pendapatan keluarganya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau dan isteri memulakan perniagaan hanya secara sambilan sahaja dan dijalankan di rumah. Terkini, Encik Muthukumaran telah menyewa sebuah premis perniagaan setelah perniagaannya bertambah maju.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Muthukumaran kini aktif menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan surat rasmi, laporan kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan perniagaannya.

 

USAHAWAN PERNIAGAAN MINYAK PELINCIR MOTOSIKAL

Nama : Muhd Zaim Syahmi
Umur : 18 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Zaim adalah seorang usahawan separuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang. Namun selepas beberapa ketika, beliau merasakan bidang ini boleh menambah pendapatan dirinya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya Encik Zaim menjalankan perniagaannya hanya kepada keluarga dan rakan terdekat sahaja. Setelah beliau dapat memahirkan diri menggunakan media social, pelanggan beliau telah meningkat tidak lagi hanya sekadar keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Zaim telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan iklan yang mudah dan menarik untuk perniagaannya.

 

 

BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : Elamchelvan A/L Selvamany
Umur : 11 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Adik Elamchelvan merupakan seorang murid sekolah rendah. Namun begitu beliau seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai seorang murid, beliau menyedari kepentingan dan kepenggunaaInternet pada masa kini. Oleh itu beliau tekad untuk mengisi masa terluang mempelajari  mempelajari asas penggunaan komputer dan internet daripada petugas di PI Kota Raja.Pelbagai latihan seperti asaMicrosofOffice yang disertai oleh beliau bagi menambah pengetahuan dan kemahiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office, sedikit sebanyak selok-belok latihan asas penggunaan komputer daripada petugas PI Kota Raja. Beliau telah mahir dalam menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Word untuk membuat surat, poster dan sebagainya. Selain itu, beliau juga mampu untuk menggunakan laman media sosial secara bijak.