USAHAWAN PERNIAGAAN JAHITAN DAN TEMPAHAN BAJU

Nama : K. Muthukumaran
Umur : 42 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Muthukumaran adalah seorang usahawan separuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah untuk membantu minat isterinya. Namun selepas beberapa ketika, beliau merasakan bidang ini boleh menambah pendapatan keluarganya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau dan isteri memulakan perniagaan hanya secara sambilan sahaja dan dijalankan di rumah. Terkini, Encik Muthukumaran telah menyewa sebuah premis perniagaan setelah perniagaannya bertambah maju.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Muthukumaran kini aktif menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan surat rasmi, laporan kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan perniagaannya.