USAHAWAN PERKHIDMATAN INSURANS

Latar belakang

Pn. Mani adalah seorang usahawan sepenuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah untuk membantu minat suaminya. Namun selepas beberapa ketika, beliau merasakan bidang ini boleh menambah pendapatan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dan suami memulakan perniagaan 10  tahun lepas secara sambilan sahaja. Pada mulanya perniagaan hanya dijalankan di rumah. Terkini, Pn. Mani telah membeli sebuah premis perniagaan setelah perniagaannya bertambah maju.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Mani aktif menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan surat rasmi, laporan kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan perniagaannya.