USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN

Nama : Anis Sofia Binti Khayazid
Umur : 27 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Cik Anis adalah seorang usahawan separuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang. Beliau yang bekerja sebagai seorang kerani di syarikat swasta menjalankan perniagaan ini sebagai sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya hanya secara offline dan mempromosikan dengan rakan-rakan sekerja dan keluarga terdekat sahaja. Setelah beliau mahir menggunakan asas komputer dan media sosial beliau dapat menambah kenalan dan pelanggan baru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Anis telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja dan membuka booth ketika hari bersama komuniti. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan iklan yang mudah dan menarik untuk perniagaannya. Disamping itu, beliau dapat berhubung antara satu sama lain bersama ejen-ejen yang menjual produk beliau.