USAHAWAN PERNIAGAAN MINYAK PELINCIR MOTOSIKAL

Nama : Muhd Zaim Syahmi
Umur : 18 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Zaim adalah seorang usahawan separuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang. Namun selepas beberapa ketika, beliau merasakan bidang ini boleh menambah pendapatan dirinya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya Encik Zaim menjalankan perniagaannya hanya kepada keluarga dan rakan terdekat sahaja. Setelah beliau dapat memahirkan diri menggunakan media social, pelanggan beliau telah meningkat tidak lagi hanya sekadar keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Zaim telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan iklan yang mudah dan menarik untuk perniagaannya.