BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : Muhammad Haslam bin Abdullah
Umur : 56 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Haslam merupakan OKU yang tidak mampu bekerja. Namun begitu beliau seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai seorang dewasa, beliau menyedari kepentingan dan kepenggunaaInternet pada masa kini. Oleh itu beliau tekad untuk mengisi masa terluang mempelajari teknik keusahawanan daripada petugas di PI Kota RajaPelbagai latihan seperti asaMicrosofOffice dan Latihan Keusahawanan yang disertai bagi menambah pengetahuan dan kemahiran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office, sedikit sebanyak selok-belok latihan keusahawanan daripada petugas PI Kota Raja, beliau dengan mudahnya mengisi borang-borang bantuan di atas talian. Selain itu, beliau juga mampu mengendalikan emel dengan cara yang betul sebagai persediaan jika ingin memulakan perniagaan atas talian kelak.