USAHAWAN PENGANGKUTAN VAN PELANCONG

Nama Mahadevan A/L K Madhavan  
Umur : 57 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Encik Maha merupakan usahawan tempatan yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan van pelancong ke kawasan Kuala Langat seperti Pantai Morib, Sepang dan sekitarnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya yang tertumpu pada murid sekolah sekitar Klang sahaja. Tetapi disebabkan persaingan yang terlalu banyak dan kadang kala ianya mengikut musim rombongan sahaja, beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan menyertai kelas-kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Maha telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja seperti membuka akaun “facebook page”, “kelas suntingan media seperti gambar dan copywriting”. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp status. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau kerap berkongsi iklan kepada pengikut dan rakan-rakan yang terdiri daripada pelanggan lama dan baru. Disamping itu, beliau boleh mereka bentuk poster dan iklan-iklan bagi tujuan pemasaran.

                                                      

BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : MK. Muthukumaran
Umur : 43 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En Kumar adalah seorang tukang masak di sebuah restoran Sri Pinang yang terletak di Damansara. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja pada setiap minggu untuk menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi komputer dan asas ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Kumar memaklumkan bahawa beliau tidak tahu menggunakan komputer dan sebarang perisian didalamnya kerana ketika beliau belajar sebagai pelajar kulinari pada 23 tahun yang lalu secara manual dan tidak melibatkan sebarang peralatan komputer. Oleh itu beliautekad untuk mengisi masa terluang mempelajari asas penggunaan komputer dan internetdaripadapetugas di PI Kota Raja.Pelbagai latihan seperti asasMicrosoftOfficeyang disertai oleh beliau bagimenambah pengetahuan dankemahiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office pada setiap minggu. Beliau telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Word untuk membuat surat, poster dan sebagainya. Selain itu, beliau mempelajari perkhidmatan aplikasi atas talian seperti perbankan atas talian, membeli tiket di website dan sebagainya. Disamping itu, beliau dapat menyimpan dokumen masakan beliau secara digital seperti memuatnaik ke Google Drive dan menggunakan Ms Power point.

 

 

USAHAWAN PERKHIDMATAN LOGISTIK

Nama : A. Arulmani
Umur : 36 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Arul adalah seorang pekerja di bahagian pengurusan di sebuah syarikat logistik. Beliau telah berkhidmat beberapa tahun di syarikat tersebut. Selepas mempunyai pengalaman selama beberapa tahun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaan logistiknya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya hanya secara offline dan fokus beliau hanya kepada pelanggan syarikat lama. Tetapi disebabkan persaingan yang terlalu banyak, beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan menyertai kelas-kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Arul telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja seperti membuka akaun “facebook page”. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Facebook dan Facebook Page menerusi satu rangkaian syarikat pemasaran. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau kerap berkongsi iklan kepada pengikut dan rakan-rakan yang terdiri daripada pelanggan lama dan baru. Disamping itu, beliau dapat berhubung antara satu sama lain bersama pelanggan di syarikat yang lama.

 

USAHAWAN PERKHIDMATAN SALON DAN KECANTIKAN

Nama : Pusphavolly A/P Manisomy
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Puspha adalah seorang usahawan separuh masa. Penglibatan beliau dalam perniagaan pada awalnya hanyalah bergantung pada kedai rawatan kecantikan dan butik pengantin sahaja. Beliau merupakan pemilik dan pekerja yang menjalankan perkihdmatan di kedainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya bergantung kepada pelanggan yang datang secara bermusim.Cara pemasaran beliau juga sangat terhad kerana melibatkan kawasan sekitar butik sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Puspha telah menyertai beberapa program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja. Beliau juga akan menyertai setiap program hari bersama komuniti Pusat Internet. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau mampu menghasilkan iklan untuk memasarkan perkihdmatan dan lokasi butik kepada komuniti. Disamping itu, beliau memberikan demonstrasi perkhidmatan secara terus kepada pengunjung seperti ukiran henna, jualan baju dan lain-lain.

 

BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : Magasverri A/P Karuppiah
Umur : 56 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Magas adalah seorag guru di SMK Raja Mahadi. Beliau berusia 56 tahun dan tidak mahir menggunakan telefon pintar dan komputer. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja pada setiap minggu untuk menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Magas seorang guru tetapi beliau merasakan diri sebagai seorang yang "buta IT” kerana beliau sangat tidak mahir menggunakan teknologi semasa. Sedangkan di sekolag, guru-guru telah di arahkan untuk melakukan tugasan menggunakan aplikasi seperti Microsoft Word dan sebagainya. Oleh itu beliau tekad untuk mengisi masa terluang mempelajari asas penggunaan komputer dan internet daripada petugas di PI Kota Raja.Pelbagai latihan seperti asaMicrosofOffice yang disertai oleh beliau bagi menambah pengetahuan dan kemahiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office pada setiap minggu. Beliau telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Word untuk membuat surat, poster dan sebagainya. Selain itu, beliau mempelajari perkhidmatan aplikasi atas talian seperti perbankan atas talian, membeli tiket di website dan sebagainya.