USAHAWAN PENGANGKUTAN VAN PELANCONG

Nama Mahadevan A/L K Madhavan  
Umur : 57 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Encik Maha merupakan usahawan tempatan yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan van pelancong ke kawasan Kuala Langat seperti Pantai Morib, Sepang dan sekitarnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya yang tertumpu pada murid sekolah sekitar Klang sahaja. Tetapi disebabkan persaingan yang terlalu banyak dan kadang kala ianya mengikut musim rombongan sahaja, beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan menyertai kelas-kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Maha telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja seperti membuka akaun “facebook page”, “kelas suntingan media seperti gambar dan copywriting”. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp status. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau kerap berkongsi iklan kepada pengikut dan rakan-rakan yang terdiri daripada pelanggan lama dan baru. Disamping itu, beliau boleh mereka bentuk poster dan iklan-iklan bagi tujuan pemasaran.