USAHAWAN PERKHIDMATAN LOGISTIK

Nama : A. Arulmani
Umur : 36 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Arul adalah seorang pekerja di bahagian pengurusan di sebuah syarikat logistik. Beliau telah berkhidmat beberapa tahun di syarikat tersebut. Selepas mempunyai pengalaman selama beberapa tahun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaan logistiknya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaannya hanya secara offline dan fokus beliau hanya kepada pelanggan syarikat lama. Tetapi disebabkan persaingan yang terlalu banyak, beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan menyertai kelas-kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Arul telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja seperti membuka akaun “facebook page”. Beliau mula memasarkan perkhidmatan melalui media social seperti Facebook dan Facebook Page menerusi satu rangkaian syarikat pemasaran. Menerusi latihan keusahawanan yang disertai, beliau kerap berkongsi iklan kepada pengikut dan rakan-rakan yang terdiri daripada pelanggan lama dan baru. Disamping itu, beliau dapat berhubung antara satu sama lain bersama pelanggan di syarikat yang lama.