BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : Magasverri A/P Karuppiah
Umur : 56 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Magas adalah seorag guru di SMK Raja Mahadi. Beliau berusia 56 tahun dan tidak mahir menggunakan telefon pintar dan komputer. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja pada setiap minggu untuk menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Magas seorang guru tetapi beliau merasakan diri sebagai seorang yang "buta IT” kerana beliau sangat tidak mahir menggunakan teknologi semasa. Sedangkan di sekolag, guru-guru telah di arahkan untuk melakukan tugasan menggunakan aplikasi seperti Microsoft Word dan sebagainya. Oleh itu beliau tekad untuk mengisi masa terluang mempelajari asas penggunaan komputer dan internet daripada petugas di PI Kota Raja.Pelbagai latihan seperti asaMicrosofOffice yang disertai oleh beliau bagi menambah pengetahuan dan kemahiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office pada setiap minggu. Beliau telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Word untuk membuat surat, poster dan sebagainya. Selain itu, beliau mempelajari perkhidmatan aplikasi atas talian seperti perbankan atas talian, membeli tiket di website dan sebagainya.