BELAJAR TENTANG KOMPUTER, INTERNET

Nama : MK. Muthukumaran
Umur : 43 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En Kumar adalah seorang tukang masak di sebuah restoran Sri Pinang yang terletak di Damansara. Beliau mengisi waktu terluangnya dengan menghadiri Kelas Asas Komputer & Internet di PI Kota Raja pada setiap minggu untuk menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi komputer dan asas ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Kumar memaklumkan bahawa beliau tidak tahu menggunakan komputer dan sebarang perisian didalamnya kerana ketika beliau belajar sebagai pelajar kulinari pada 23 tahun yang lalu secara manual dan tidak melibatkan sebarang peralatan komputer. Oleh itu beliautekad untuk mengisi masa terluang mempelajari asas penggunaan komputer dan internetdaripadapetugas di PI Kota Raja.Pelbagai latihan seperti asasMicrosoftOfficeyang disertai oleh beliau bagimenambah pengetahuan dankemahiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari pelbagai ilmu asas Microsoft Office pada setiap minggu. Beliau telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Word untuk membuat surat, poster dan sebagainya. Selain itu, beliau mempelajari perkhidmatan aplikasi atas talian seperti perbankan atas talian, membeli tiket di website dan sebagainya. Disamping itu, beliau dapat menyimpan dokumen masakan beliau secara digital seperti memuatnaik ke Google Drive dan menggunakan Ms Power point.