PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Nama : Nur Anisha binti Azhari
Umur : 19 tahun
Ahli : 2021

 

Latar belakang

Nur Anisha binti Azhari adalah seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Kedah. Beliau sekarang menetap di Klang, Selangor. Nur Anisha berumur 19 tahun dan mempunyai 6 orang adik-beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sewaktu arahan kelas dijalankan di atas talian, Nur Anisha sering mempunyai masalah sewaktu kelas dijalankan. Contoh seperti terpaksa berkongsi komputer riba dan telefon dengan adik-beradik yang lain. Sebelum ini, beliau tidak pernah mengetahui tentang kewujudan Pusat Internet Komuniti. Jadi Nur Anisha sering menggunakan telefon untuk kegunaan harian dan juga kelas dalam talian. Oleh itu, beliau mencari inisiatif untuk datang ke tempat yang mempunyai capaian internet yang laju dan juga sering mempelajari tentang komputer seperti menyunting imej, video dan banyak lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Nur Anisha mengetahui tentang Pusat Internet di Kota Raja, beliau datang untuk kegunaan kelas dalam talian dan urusan-urusan lain. Beliau dapat menghadiri kelas dengan tenang tanpa perlu berkongsi komputer riba dengan adik beradik yang lain. Selain itu, Nur Anisha juga sering menyertai aktiviti pertandingan yang pihak Pusat Internet Komuniti anjurkan dan berjaya memenangi pertandingan itu. Akhir sekali, Nur Anisha memaklumkan bahawa dengan adanya Pusat Internet ini, beliau dapat menyertai kelas dalam talian setiap masa tanpa sebarang masalah dan juga dapat menambah lagi ilmu pengetahuan tentang komputer.