Tarikh | : 29 September 2018 (Sabtu) |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Kem El-Azhar Morib |
Peserta | : 40 orang orang |
Tujuan
Menyampaikan ceramah Klik Dengan Bijak yang bertajuk 'Berita Palsu Musuh Negara' kepada para peserta program Pewaris Negara anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor.
Aktiviti
Program ini disertai 40 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Selangor. Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan berita palsu yang merangkumi jenis-jenis berita palsu, ciri-ciri berita palsu, faktor penyebaran berita palsu, kaedah penyebaran berita palsu serta langkah-langkah bagi membendung penyebaran berita palsu.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ketika program berlangsung ialah sesi ceramah, sesi ice breaking, permainan telefon karat, dan soalan kuiz. Aktiviti yang dilakukan adalah bertepatan dengan tajuk berita palsu yang bertujuan memberi kesedaran secara praktikal kepada para peserta dalam menghadapi isu ini.