AKTIVITI 1

Tajuk : Menaip Karangan Cerita Pendek

Masa : 10:00am-11:00am

Lokasi : PEDi Kota Raja

Peserta : 1 Orang

Tujuan : Untuk membantu peserta memahirkan lagi kemahiran menaip di dalam Microsoft Word.

Aktiviti : Peserta di minta untuk menaip dan mereka cerita pendek dengan tajuk yang diberikan oleh petugas. Dengan tugasan yang diberikan, peserta boleh memahirkan lagi kemahiran untuk menaip sambil boleh meneroka lagi apa yang ada di dalam Microsoft Word.

                                                 i  

 

 

AKTIVITI 2

Tajuk : Pembentangan Biodata Diri 

Masa : 2:00pm-3:00pm

Lokasi : PEDi Kota Raja

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Melatih peserta menjadi yakin dan berani apabila bercakap di khalayak ramai.

Aktiviti : Petugas memberikan tugasan kepada peserta untuk membuat biodata diri menggunakan Microsoft Powerpoint dan meminta peserta untuk membentangkan biodata masing-masing apabila sudah selesai. Hasil daripada aktiviti ini, para peserta mendapat mencabar diri sendiri untuk menampilkan diri dan berani bercakap di khalayak ramai.

                                                     

 

 

AKTIVITI 3 

Tajuk: Aktiviti Mewarna Berkumpulan

Masa : 11:00am-12:00pm

Lokasi : PEDi Kota Raja

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Mengasah kemahiran kekemasan dan meningkatkan kreativiti peserta.

Aktiviti : Peserta diberikan tugasan mewarna mengikut kreativiti dan imaginasi sendiri. Hasil daripada aktiviti ini, peserta dapat kebebasan memilih warna mengikut kesukaan dan daya imaginasi mengikut tahap umur mereka. Selain itu, mereka dapat melepaskan emosi yang tidak menyenangkan dan menambah kegembiraan daripada mewarna serta, kemahiran mereka memegang pensel ataupun pensel warna semakin bertambah.