1. Pengeluaran KWSP - Bawah 55 tahun boleh keluar akaun 2 . Maksimum rm500 sebulan.

Permohonan 1 April 2020.

2. Bantuan tambahan KKM RM500juta - pembelian alatan peralatan.
Melantik staff baru KKM secara kontrak.

3. RM130juta peruntukan kepada setiap negeri

4. Lanjutan masa penangguhan PTPTN kepada 4 bulan.

5. Kerajaan sedang mengkaji langkah langkah tambahan untuk bantu rakyat.
Pakej ransangan ekonomi akan diumumkam pada 30 March 2020.

Kerajaan Persekutuan: Skim Bantuan dan Insentif kepada Rakyat Malaysia berkaitan Krisis Covid-19

 
1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan be bermula rmula 1 April akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan
 
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, *Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah*
 
2. Kerajaan benarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan
 
Penangguhan dijangka membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, melibatkan jumlah kutipan RM375 juta, kata Menteri Pengajian Tinggi, *Datuk Dr Noraini Ahmad*
 
3. MARA tangguh bayaran pinjaman pelajar dan perniagaan selama 3 bulan
 
Diskaun khas penyewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis Mara.
 
4. 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini
 
Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.
 
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
 
Pekerja yang berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan
 
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
 
Menteri Perpaduan, *Datuk Halimah Mohamed Sadique*, berkata ianya melibatkan 37,855 orang murid dan 972 orang kanak-kanak
 
7. Percuma sewa premis perniagaan DBKL*, diumumkan oleh Menteri Wilayah, *Tan Sri Annuar Musa
 
8. Elaun khas RM400 sebulan akan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan
 
9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
 
Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan
 
10. CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Mualamat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman
 
Bank akan menyediakan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terlibat dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.
 
11. RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 Hospital
 
Ianya sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk membantu Kementerian Kesihatan untuk pembelian ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain, kata *Tan Sri Muhyiddin Yassin*
 
12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul
 
*#StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang*

Mengikuti sidang media YAB Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutlan sehingga 14 April 2020