Tarikh : 3 November 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang murid sekolah rendah yang berumur antara 6 - 12 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta membuat ulang kaji berkenaan fungsi ribbon Table di dalam microsoft word dan seterusnya diberi latihan membuat jadual.

Gambar Disini

 

Tujuan

Melaksanakan program advokasi Klik Dengan Bijak kepada pelajar tingkatan tiga berkaitan kesedaran tentang kebaikan dan keburukan gajet.

Aktiviti

Program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kluster Kuala Langat ini disertai seramai 112 orang pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Kanchong Darat yang telah dikendalikan oleh para penolong pengurus.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ketika program berlangsung ialah taklimat tentang modul Kebaikan dan Keburukan Gajet, Buli Siber, Cyber Grooming, Cyber Stalking dan Maklumat Palsu. Selain itu, aktiviti permainan Kotak Ajaib juga telah dijalankan sebagai aktiviti selingan.

Gambar Disini

Tarikh : 28 Oktober 2018 (Ahad)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta dewasa. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta ditunjukkan cara penggunaan fungsi jadual dan membuat ulang kaji berkenaan fungsi ribbon yang tersedia di dalam microsoft word seterusnya diberi latihan mengarang rencana dan membuat jadual.

Gambar Disini

 

Tujuan

Melaksanakan program advokasi Klik Dengan Bijak kepada ibu bapa murid tahun 5.

Aktiviti

Program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kota Raja dan Pusat Internet Kanchong Darat ini disertai seramai 46 orang ibu bapa murid tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 27(1) , Shah Alam dan telah dikendalikan oleh 2 orang pengurus.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ketika program berlangsung ialah taklimat tentang modul Online Grooming, Cyber Stalking dan Sexting.

Gambar Disini

Tarikh : 27 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah menengah yang berumur antara 13 - 16 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan secara asas penggunaan fungsi jadual di dalam Microsoft Word seterusnya diberi latihan membuat jadual.

Gambar Disini