Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang murid sekolah rendah yang berumur antara 9 - 12 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan komputer dan pengenalan kepada Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan kepada jenis-jenis perkakasan komputer dan kegunaannya. Peserta juga diperkenalkan secara asas penggunaan Microsoft Word dan ciri - cirinya seterusnya menaip sebuah artikel pendek sebagai latihan.

Gambar Disini

Tarikh : 12 Julai 2018 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah
Peserta : 25 orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan tentang asas komputer dan internet serta memupuk nilai-nilai murni dalam meggunakan internet kepada peserta-peserta Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi  (KEDAP).

 

Aktiviti

Program ini disertai seramai 25 orang dibawah program KEDAP dan diselia oleh 5 orang penolong pengurus Pusat Internet Kluster Kuala Langat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat tentang pengenalan komputer, taklimat tentang asas internet dan kegunaannya didalam kehidupan seharian dan taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

Tarikh : 13 April 2018 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : SMK Banting
Peserta : 291 orang

 

 

Tujuan

Program advokasi Klik Dengan Bijak ini diadakan bagi memupuk kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Aktiviti

Dianggarkan kira-kira 291 orang peserta telah menyertai program ini, yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 SMK Banting. Program anjuran Pusat Internet Kluster Kuala Langat ini berlangsung pada 13 April 2018, dengan kerjasama Unit ICT sekolah tersebut. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah taklimat tentang Sebenarnya.MY, Mobile e-Waste dan Klik Dengan Bijak. Para peserta juga diberi soalan kuiz bagi merebut cenderahati istimewa yang disediakan oleh petugas PI. Saringan kesihatan KOSPEN - PI juga turut diadakan bagi guru-guru dan kakitangan sekolah.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 8 Mei 2018 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 100 orang

 

Tujuan

Program ini merupakan program perasmian Pusat Internet Kota Raja yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz selaku pemangku presiden myPPP.

Aktiviti

Dianggarkan kira-kira 100 orang peserta telah menyertai program ini, yang terdiri daripada penduduk di sekitar Kota Raja. Program ini berlangsung pada 8 Mei 2018. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pendaftaran keahlian, saringan kesihatan dan muat turun Dashboard. Keistimewaan yang terdapat pada hari ini ialah tiada bayaran yang dikenakan bagi pendaftaran keahlian.

 

Gambar Di Sini