Tarikh : 21 September 2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 14 orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan tentang sistem Google Site yang membantu usahawan membina laman sesawang yang mudah.

Aktiviti

Seramai 14 orang peserta telah mengikuti Kelas Keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Kelas ini turut mendapat kerjasama daripada penolong pengurus Kluster Kuala Langat (Labohan Dagang, Kg Kundang dan Kota Raja). Kursus dimulakan dengan pengenalan tentang Dashboard Komuniti dan modul My Shop yang disampaikan oleh pengurus Pusat Internet Kanchong Darat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah peserta memasukkan maklumat tentang perniagaan seperti tempat, produk dan maklumat peniaga. Selain itu peserta juga diajar cara untuk memasukkan gambar produk yang dijual ke dalam Google Site. Sesi pembelajaran berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta.

Gambar Di Sini

Tarikh : 15 September 2018 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah menengah yang berumur antara 13 - 17 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan secara asas penggunaan Microsoft Word antaranya menaip artikel pendek dan memasukkan peta minda.

Gambar Disini

Tarikh : 8 September 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang murid sekolah rendah yang berumur antara 6 - 12 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta diajar cara menggunakan fungsi butang Insert untuk memasukkan wordart dalam microsoft word dan pelbagai lagi fungsi butang yang penting.

Gambar Disini

Tarikh : 15 September 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang murid sekolah rendah yang berumur antara 6 - 12 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta diajar cara menggunakan wordart, memasukkan video dan textbox di dalam microsoft word dan pelbagai lagi fungsi butang yang penting.

Gambar Disini

Tarikh : 2 September 2018 (Ahad)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kota Raja
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta dewasa. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan secara asas penggunaan Microsoft Word dan ciri - cirinya seterusnya menaip sebuah artikel pendek sebagai latihan.

Gambar Disini